ad
AGENDA

Disyaki dera anak angkat, polis tahan seorang wanita

29 Jun 2025, 11:22 PM
Disyaki dera anak angkat, polis tahan seorang wanita

SHAH ALAM, 29 JUN: Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kes penderaan dan pengabaian seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak angkatnya di Taman Bendahara, Kuala Selangor semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Azaharudin Tajudin berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari sama sebelum tangkapan dilakukan terhadap wanita berusia 54 tahun itu pada 8.15 malam.

“Mangsa kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tanjong Karang manakala permohonan reman terhadap suspek telah dibenarkan selama enam hari bermula hari ini sehingga Rabu ini (4 Julai) bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-3289 1222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial yang antaranya memaparkan kecederaan dialami mangsa pada tangan dan kepala.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.