Dipercayai dera wanita Indonesia, majikan antara enam ditahan

20 Okt 2026, 12:10 AM
Dipercayai dera wanita Indonesia, majikan antara enam ditahan

BUTTERWORTH, 20 OKT: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes penderaan seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Pusat Perniagaan Oren, Jalan Merbau di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Anuar Abdul Rahman berkata serbuan kira-kira 6.30 petang itu dilakukan oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan bantuan JSJ IPK Pulau Pinang.

"Serbuan yang dijalankan di premis itu susulan kejadian kes penderaan seorang wanita warga Indonesia yang mengalami kecederaan melecur di seluruh badan selepas dipercayai didera majikannya di Jalan Besar Kampung Tumbok, Tanjong Sepat pada 16 Okt lepas.

"Mangsa telah diselamatkan dan susulan itu polis menahan enam lelaki termasuk majikan wanita itu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.