ad
AGENDA

Laporan penuh siasatan letupan paip gas Putra Heights diumumkan Isnin

28 Jun 2025, 11:40 AM
Laporan penuh siasatan letupan paip gas Putra Heights diumumkan Isnin
Laporan penuh siasatan letupan paip gas Putra Heights diumumkan Isnin
Laporan penuh siasatan letupan paip gas Putra Heights diumumkan Isnin

SABAK BERNAM, 28 JUN: Laporan penuh insiden kemalangan letupan saluran gas milik Petronas di Putra Heights, Subang pada 1 April lalu akan diumumkan Isnin ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata laporan hasil siasatan jawatankuasa penyiasatan itu melibatkan aspek jenayah serta teknikal yang menjadi fokus utama.

“Laporan sudah siap semalam termasuklah pelaporan bertulis tetapi masa agak tersekat kerana cuti umum sempena Awal Muharam.

“Saya dimaklumkan jawatan kuasa akan membentangkannya pada Isnin ini,” katanya ketika ditemui pada majlis peluncuran pembangunan fasa pertama Kompleks Pendaratan Hasil Laut Sekinchan, di sini hari ini.

[caption id="attachment_704078" align="aligncenter" width="698"] Keadaan di kawasan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights ketika tinjauan pada 2 April 2025. Foto BERNAMA[/caption]

Awal bulan ini, Amirudin memaklumkan siasatan teknikal dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berhubung kejadian pagi 2 Syawal itu akan dilengkapkan hujung bulan ini sebelum digabung bersama siasatan polis.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan siasatan pihaknya termasuk membabitkan unsur kecuaian atau khianat berhubung insiden yang berlaku pada pagi 2 Syawal itu selesai.

Beliau berkata, pihaknya menunggu hasil siasatan oleh JKKP yang dijangka dikeluarkan penghujung bulan ini untuk tindakan selanjutnya.

Kebakaran saluran gas menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian turut menyebabkan terbentuknya kawah sedalam 9.8 meter dengan keluasan kira-kira 21 x 24 meter di lokasi kejadian.

[caption id="attachment_695267" align="aligncenter" width="715"] Kesan kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya pada 6 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.