ad
ADN

Program MyIdentiti bantu selesai masalah dokumen pengenalan diri

27 Jun 2025, 10:00 PM
Program MyIdentiti bantu selesai masalah dokumen pengenalan diri

SHAH ALAM, 27 JUN: Program MyIdentiti anjuran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning dianjurkan Ahad ini bertujuan menyelesaikan masalah dokumen pengenalan diri.

Wakil rakyatnya S Preakas mengalu-alukan kehadiran orang ramai yang mengalami situasi sama ke program tersebut yang diadakan di Dewan MBSA Aster, di sini bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Program ini terbuka kepada individu yang mengalami masalah pengenalan diri, anak angkat mahupun kehilangan kad pengenalan. Tujuan saya anjurkan kerana mahu membantu memudahkan urusan mereka.

“Setakat ini 80 orang telah berdaftar dan akan hadir pada Ahad ini, pendaftaran masih dibuka kita akan berusaha menyelesaikan masalah ini secara tuntas,” katanya kepada Media Selangor.

Program itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara serta Pertubuhan Kebajikan Kemajuan Masyarakat.

Pada hari tersebut turut diadakan kaunter bergerak perkhidmatan gantian Mykad; sijil lahir; daftar kematian dan kaunter nasihat bagi semua urusan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.