ad
BERITA UTAMA

28 sukan wajib di SUKMA 2026, Selangor cadang lima acara baharu

27 Jun 2025, 5:00 PM
28 sukan wajib di SUKMA 2026, Selangor cadang lima acara baharu
28 sukan wajib di SUKMA 2026, Selangor cadang lima acara baharu

SHAH ALAM, 27 JUN: Sebanyak 28 sukan teras (wajib) seperti bola sepak, badminton dan sepak takraw akan dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata semua jenis acara yang berprestij tinggi dan termaktub dalam peraturan SUKMA akan diteruskan mengikut temasya lepas.

“Negeri merancang untuk menambah lima lagi sukan, Majlis Sukan Negeri (MsN) Selangor sedang bincang dengan majlis sukan negeri-negeri lain.

[caption id="attachment_706670" align="alignleft" width="348"] EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi[/caption]

“Ia akan diputuskan pada Julai atau Ogos depan, cadangan akan dibentang kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh,” katanya kepada Media Selangor.

Menurut Najwan lagi, jumlah rasmi acara yang akan dipertandingkan pada kejohanan dwitahunan itu akan dimuktamad antara Julai hingga Ogos depan.

“Ia setahun sebelum tarikh rasmi penganjuran SUKMA 2026 yang dijadual berlangsung pada Ogos tahun hadapan,” ujarnya lagi.

Kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah SUKMA ialah pada 1998 dan muncul juara keseluruhan.

Pada pembentangan Belanjawan Negeri 2025, Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin mengumumkan peruntukan RM6 juta untuk melaksana program pembangunan sukan sebagai persiapan SUKMA ke-22.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.