AGENDA

Gombak, Petaling antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

27 Jun 2025, 4:26 PM
Gombak, Petaling antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 27 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir melanda daerah Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 7 malam.

Cuaca sama turut diramal melanda Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.