ad
PBT

MPS kutip hasil RM30.15 juta melalui portal pembayaran MyMPS setakat Mei

26 Jun 2025, 10:11 PM
MPS kutip hasil RM30.15 juta melalui portal pembayaran MyMPS setakat Mei

SHAH ALAM, 26 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) merekodkan kutipan hasil sebanyak RM30.15 juta melalui portal pembayaran atas talian MyMPS hingga Mei lepas.

Timbalan Yang Dipertua Az’har Samsuri berkata bayaran membabitkan cukai taksiran, pembaharuan lesen perniagaan, sewaan gerai, permit bangunan dan perancang, kompaun, cagaran serta pelan.

“Cukai taksiran merekodkan kutipan terbanyak RM 24.66 juta dengan 44,719 transaksi diikuti lesen perniagaan sebanyak RM 2.40 juta (3,048 transaksi).

“Sewaan gerai pula RM 1.48 juta melalui 4,277 transaksi selain permit bangunan dan perancang (RM1.03 juta) membabitkan 226 transaksi bersama kompaun sebanyak (RM162,785) mencatat 2,479 transaksi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena mesyuarat bulanan, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, prestasi kutipan tanpa tunai yang diterima MPS adalah sebanyak 77.63 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dibuat setakat Mei lalu.

Orang ramai terutama peniaga dan pemilik bangunan di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan ini boleh menyemak serta membuat bayaran bil di portal mymps.mps.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.