AGENDA

Anwar hulur sumbangan kepada ibu tunggal hidap kanser, doa diberi kekuatan

21 Jun 2025, 6:46 PM
Anwar hulur sumbangan kepada ibu tunggal hidap kanser, doa diberi kekuatan

KUALA LUMPUR, 21 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seorang ibu tunggal Azizah Mahmood yang menghidap kanser usus, di Kampung Tebing Tinggi, Balok, Kuantan.

Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi ketika melawat ibu kepada lima cahaya mata itu, dalam kerangka Ziarah MADANI.

Ahmad Farhan berkata Azizah yang bekerja sebagai tukang cuci untuk menyara keluarga, turut berdepan kesukaran apabila tinggal di sebuah rumah kecil yang semakin uzur dimakan anai-anai, selain memerlukan rawatan berterusan dan makanan tambahan bulanan bagi merawat penyakitnya.

“Kami sedang meneliti bentuk bantuan baik dari segi kesihatan mahupun pembaikan rumah yang boleh disegerakan,” katanya dalam catatan di Facebook yang turut dikongsi Perdana Menteri hari ini.

Ahmad Farhan juga mendoakan semoga Azizah terus dikurniakan kekuatan dan kesembuhan, serta berharap segala urusan keluarga itu dipermudahkan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.