ad
AGENDA

Anwar hulur sumbangan kepada pesakit angin ahmar, doa diberi kekuatan, kesihatan

9 Mac 2025, 5:56 AM
Anwar hulur sumbangan kepada pesakit angin ahmar, doa diberi kekuatan, kesihatan
Anwar hulur sumbangan kepada pesakit angin ahmar, doa diberi kekuatan, kesihatan

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Seorang pesakit angin ahmar di Bandar Baru Balok di Kuantan, Pahang menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kamaruzaman Othman kini hanya terlantar dan bergantung sepenuhnya kepada ahli keluarga selepas diserang strok.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata satu ketika dahulu Kamaruzaman bekerja keras untuk menyara keluarga, namun serangan strok telah mengubah segalanya, menyebabkan beliau tidak dapat bekerja, hilang punca pendapatan, malah pergerakan menjadi terbatas.

"Hari ini, saya berkesempatan menziarahi beliau serta menyampaikan sumbangan daripada Perdana Menteri sebagai tanda sokongan kepada keluarganya," katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau.

Ahmad Farhan berkata meskipun kehidupan boleh berubah tanpa diduga, Kamaruzaman tidak berjuang sendirian.

"Kita doakan agar beliau terus diberi kekuatan serta dikurniakan aafiyah oleh Allah SWT," katanya.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_690719" align="aligncenter" width="695"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga Kamaruzaman Othman, yang terlantar akibat angin ahmar di Bandar Baru Balok, Kuantan. Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi. Foto Facebook Anwar Ibrahim pada 9 Mac 2025.[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.