ad
AGENDA

Amaran hujan lebat seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 11 pagi

20 Jun 2025, 9:23 AM
Amaran hujan lebat seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 11 pagi
Amaran hujan lebat seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya hingga 11 pagi

SHAH ALAM, 20 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 11 pagi ini.

Cuaca sama dijangka berlaku di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa Kawasan di Perak, Terengganu dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.