ad
BERITA UTAMA

74 wanita muda seluruh negara terpilih sertai SIWANIS 2025

15 Jun 2025, 6:00 PM
74 wanita muda seluruh negara terpilih sertai SIWANIS 2025
74 wanita muda seluruh negara terpilih sertai SIWANIS 2025
74 wanita muda seluruh negara terpilih sertai SIWANIS 2025

OLEH NUR AZYYATI OMAR

PETALING JAYA, 15 JUN: Seramai 74 peserta wanita berusia 18 hingga 45 tahun dari seluruh negara terpilih menyertai Sidang Wanita Selangor (SIWANIS) 2025 yang dilancarkan hari ini.

Program anjuran Kerajaan Negeri itu bertujuan melatih dan melahirkan lebih ramai wanita berpengetahuan serta bersedia menyumbang dalam pembentukan dasar serta kepimpinan negeri.

EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari berkata SIWANIS memberi pendedahan secara langsung kepada peserta mengenai proses pentadbiran dan penggubalan dasar negeri.

[caption id="attachment_705725" align="aligncenter" width="697"] EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari bersama Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San dan Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor, Siti Faridah Abdul Samad merasmikan Sidang Wanita Selangor 2025 (SIWANIS) Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kita tidak mahu wanita sekadar memenuhi kuota atau menjadi simbolik. Kita mahu mereka tampil sebagai pemimpin yang berilmu, kompeten dan mampu membela rakyat,” katanya ketika merasmikan program di Hotel Crystal Crown, di sini.

Program intensif ini merangkumi dua siri bengkel yang memfokus kepada topik seperti proses pembuatan dasar, protokol dan peraturan Dewan Negeri Selangor serta Undang-Undang Tubuh Negeri.

Pelaksanaan SIWANIS 2025 turut mendapat kerjasama strategik daripada Pejabat Speaker Dewan Negeri Selangor, agensi pelaksana Wanita Berdaya Selangor (WBS), institusi akademik dan badan bukan kerajaan (NGO).

[caption id="attachment_705726" align="aligncenter" width="688"] Peserta Sidang Wanita Selangor 2025 (SIWANIS) Hotel Crystal Crown Petaling Jaya pada 15 Jun 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.