ad
EXCO

Orang Asli Sungai Garing terima kemudahan lampu solar

14 Jun 2025, 1:54 PM
Orang Asli Sungai Garing terima kemudahan lampu solar

Oleh MUHAMMAD REY HAZRIELL

GOMBAK, 14 JUN: Perkampungan Orang Asli Sungai Garing, Rawang menerima kemudahan lampu solar dalam meningkatkan kualiti hidup selain menyokong agenda kelestarian melalui penggunaan tenaga mesra alam.

EXCO hal ehwal orang asli dan minoriti berkata pemasangan enam unit dengan kos keseluruhan RM19,976 merupakan usaha berterusan Kerajaan Negeri bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan komuniti tersebut.

"Selangor sentiasa komited untuk membawa kemajuan yang inklusif dan menyeluruh kepada semua lapisan masyarakat termasuk Orang Asli, selaras dengan prinsip keadilan sosial dan pembangunan mampan yang digariskan dalam dasar negara.

"Penyediaan kemudahan asas seperti pencahayaan ini akan memberi impak besar kepada kehidupan harian masyarakat Orang Asli, termasuk dari segi keselamatan, pendidikan serta kegiatan ekonomi mereka,” kata V Papparaidu dalam kenyataan.

Tambah beliau, pelaksanaan projek itu turut melibatkan kerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan pihak berkuasa tempatan.

"Usaha ini akan diteruskan secara berperingkat membabitkan lebih banyak kampung Orang Asli di masa akan datang,” jelasnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.