ad
AGENDA

MB: Naik taraf kemudahan awam, indahkan pangsapuri antara tumpuan Belanjawan 2026

7 Jun 2025, 2:14 PM
MB: Naik taraf kemudahan awam, indahkan pangsapuri antara tumpuan Belanjawan 2026
MB: Naik taraf kemudahan awam, indahkan pangsapuri antara tumpuan Belanjawan 2026
MB: Naik taraf kemudahan awam, indahkan pangsapuri antara tumpuan Belanjawan 2026
MB: Naik taraf kemudahan awam, indahkan pangsapuri antara tumpuan Belanjawan 2026
MB: Naik taraf kemudahan awam, indahkan pangsapuri antara tumpuan Belanjawan 2026

GOMBAK, 7 JUN: Kerajaan Negeri berhasrat memberi tumpuan penuh terhadap projek naik taraf kemudahan awam dan pengindahan di semua pangsapuri menerusi Belanjawan 2026.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata cadangan itu selaras dengan visi Rancangan Selangor Pertama (RS-1) iaitu Selangor sebagai negeri pintar, berdaya huni dan makmur.

“Kita juga tidak lupakan projek pengindahan dan naik taraf. Tahun depan kita akan fokus kepada naik taraf kemudahan di kediaman pangsapuri.

[caption id="attachment_704664" align="aligncenter" width="1137"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika program Qurban Strata Gombak Pangsapuri Kenanga di Pangsapuri Kenanga, Gombak pada 7 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Inilah yang dipanggil berdaya huni. Kita tahu ia adalah keperluan setiap rakyat,” katanya ketika berucap dalam program Qurban Strata Gombak di Pangsapuri Kenanga di sini, hari ini.

Amirudin menambah, Kerajaan Negeri menyediakan dana RM10 juta bagi membantu menyelesaikan pemilikan hak milik strata membabitkan kediaman pangsapuri di Selangor.

Jelasnya, ketika ini lebih 10,000 pemilikan hak milik strata masih belum selesai yang memerlukan anggaran perbelanjaan keseluruhan RM80 juta.

“Penyelesaian hak milik strata ini antara fokus saya. Sebagai contoh tahun ini kita sediakan dana RM10 juta. Sebenarnya ada lebih 10,000 hak milik strata yang perlu diselesaikan tetapi kita buat dahulu RM10 juta ini,” katanya.

[caption id="attachment_704665" align="aligncenter" width="1158"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhammad menunggang motosikal ke lokasi korban seterusnya ketika program Qurban Strata Gombak Pangsapuri Kenanga di Pangsapuri Kenanga, Gombak pada 7 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada 31 Mei lalu, Amirudin melancarkan Dana Strata Selangor berjumlah RM10 juta yang bertujuan menyelesaikan isu pembangunan tanpa hak milik strata khususnya melibatkan pangsapuri lama.

Menurutnya peruntukan tersebut membuktikan komitmen pentadbiran negeri untuk menyelesaikan isu hak milik penghuni yang telah berlarutan puluhan tahun.

Pada Belanjawan Selangor 2025, Ahli Parlimen Gombak itu mengumumkan peruntukan RM10 juta sebagai dana awal penyelesaian strata di Selangor bagi meningkatkan peratusan penyelesaian pembangunan tanpa hak milik strata negeri.

[caption id="attachment_704666" align="aligncenter" width="1128"] Penduduk bergotong-royong ketika program Qurban Strata Gombak Pangsapuri Kenanga di Pangsapuri Kenanga, Gombak pada 7 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_704667" align="aligncenter" width="1147"] Penduduk bergotong-royong ketika program Qurban Strata Gombak Pangsapuri Kenanga di Pangsapuri Kenanga, Gombak pada 7 Jun 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.