SELANGOR

Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 11 malam

4 Jun 2025, 8:42 PM
Hulu Selangor diramal hujan lebat hingga 11 malam

SHAH ALAM, 4 JUN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor sehingga 11 malam.

Cuaca sama juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.