AGENDA

MB: RS-2 ditambah baik, baucar buku, tuisyen percuma, MyLesen B2 antara tumpuan

1 Jun 2025, 8:00 AM
MB: RS-2 ditambah baik, baucar buku, tuisyen percuma, MyLesen B2 antara tumpuan
MB: RS-2 ditambah baik, baucar buku, tuisyen percuma, MyLesen B2 antara tumpuan
MB: RS-2 ditambah baik, baucar buku, tuisyen percuma, MyLesen B2 antara tumpuan

SEPANG, 1 JUN: Rancangan Selangor Kedua (RS-2) yang dibentang tahun depan akan ditambah baik melibatkan semua aspek termasuk pendidikan khususnya menambah dana baucar buku Kita Selangor.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata kesediaan penambahan dana itu berikutan memahami peningkatan kos bidang pendidikan terutama pembelian buku rujukan.

"Sebelum ini dana diperuntuk RM200,000 untuk anak-anak belajar dan beli buku rujukan. Tetapi menerusi RS-2 nanti kita sedia tambah peruntukan dan penerima baucar yang akan dibentang kelak.

"Begitu juga dengan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang diberikan secara percuma kepada komuniti. Selangor bukan hanya bangunkan aspek fizikal tetapi membantu rakyat keluar daripada kemiskinan melalui pendidikan.

"Bukan itu sahaja, bagi program MyLesen B2, Kerajaan Negeri bercadang membantu mereka yang mengikutinya menerima subsidi RM500 hingga RM1,000 dalam memiliki motosikal," katanya.

[caption id="attachment_703770" align="aligncenter" width="950"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap sempena pelancaran Program Rewang Komuniti Strata dan Dana Strata Selangor (DSS) di pekarangan medan selera Taman Putra Perdana, Sepang pada 31 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berucap pada program Rewang Komuniti Strata peringkat Majlis Perbandaran Sepang di pekarangan medan selera Taman Putra Perdana semalam yang turut dihadiri EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah.

Baucar buku Kita Selangor memanfaatkan 1,000 mahasiswa dengan peruntukan keseluruhan RM200,000.

Menerusi inisiatif itu, mahasiswa anak Selangor yang menuntut di Insitutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menerima baucar tersebut bernilai RM200 daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Pada masa sama, Amirudin berharap masyarakat terus bijak menilai setiap pelaksanaan program yang direncana demi membantu rakyat.

"Kita bukan hendak menjadi popular, bangga dengan apa yang dilakukan tetapi mahu menjadi negeri bertanggungjawab selain mempunyai kehidupan stabil dan aman.

"Saya percaya perpaduan, kefahaman dan kesedaran dalam kalangan masyarakat amat diperlukan dan dengan adanya program dilaksana Kerajaan Negeri lebih merapatkan satu sama lain," katanya.

[caption id="attachment_703772" align="aligncenter" width="1177"] Penduduk bergotong-royong menyiapkan bahan masakan ketika Program Rewang Komuniti Strata negeri Selangor di pekarangan medan selera Taman Putra Perdana, Sepang pada 31 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]