SHAH ALAM, 27 MEI: Warga pendidik memainkan peranan penting dalam memastikan generasi akan datang kekal berbudi pekerti dan berakhlak biarpun negara dipacu teknologi.
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata perkembangan moden antaranya teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak mampu mencapai sekali gus mendidik generasi berperasaan.
"Menjelang 32 tahun lagi, Malaysia akan mencapai usia 100 tahun... menerusi usia itu kita akan lihat penduduknya dengan melihat bagaimana pengajaran dan didikan yang dilaksana sekarang.
[caption id="attachment_703025" align="aligncenter" width="673"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Lelaki 2025 kepada Bahari Bustamampada Majlis Sambutan Hari Guru Oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ada 27 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
"Oleh itu, cabaran pada kini besar terutama kemunculan AI. Jika memahami situasi dan perubahan terkini, kita dapat pastikan beberapa perkara baik seperti akhlak dan budi pekerti yang tidak dapat dididik oleh AI mahupun ChatGPT.
"Ini yang saya tegaskan kepada guru-guru bahawa peranan mereka masih diperlukan dan penting kerana berdepan dengan persimpangan antara aspek kemanusian dan kemajuan permodenan," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor hari ini.
Sementara itu, penerima Anugerah Khas Tokoh Guru dan Perguruan Pendidikan Islam Selangor 2025 Prof Dato' Dr Mujaini Tarimin berkata pengiktirafan diterima itu adalah kerjasama semua pihak termasuk pengurusan sekolah dan rakan-rakan seperjuangan.
[caption id="attachment_703027" align="aligncenter" width="694"] Penerima Anugerah Khas Tokoh Guru dan Perguruan Pendidikan Islam Selangor 2025, Profesor Dato Dr Mujaini Tarimin ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Guru Oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ada 27 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Setiap hari ada cabaran dan sebagai pendidik kita tidak boleh lari daripada berdepan malah perlu menyelesaikannya supaya mengelak sebarang masalah pada masa akan datang.
“Nasihat saya pada warga pendidik jangan jemu mencari ilmu dan menyampaikannya pada generasi kita selain sentiasa bertindak rasional,” ujarnya yang kini merupakan ahli lembaga pengelola Universiti Islam Selangor:
Bagi Zuliah Abd Kadir yang menerima Anugerah Tokoh Guru (Perempuan) berkata peranan guru amat penting terutama dalam memastikan anak didikan mencapai kejayaan.
[caption id="attachment_703026" align="aligncenter" width="669"] Penerima Anugerah Tokoh Guru perempuan 2025 Zuliah Abd Kadir ditemui media pada Majlis Sambutan Hari Guru Oleh Jabatan Agama Islam Selangor di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ada 27 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Kita gembira apabila anak murid berjaya tetapi pada masa kini tanggungjawab sebagai pendidik sekarang mencabar dan perlu pastikan tidak lari daripada landasan.
“Jadi guru memerlukan motivasi lebih tinggi untuk menghadapi anak-anak pada masa kini,” kata anak kelahiran Sabak Bernam itu.