ad
AGENDA

Murid tahun enam cedera dirotan, suami isteri ditahan polis

22 Mei 2025, 1:33 PM
Murid tahun enam cedera dirotan, suami isteri ditahan polis

GEORGE TOWN, 22 MEI: Polis menahan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan kes anak perempuan mereka yang dirotan sehingga luka dan lebam dalam kejadian dipercayai di sebuah rumah di Sungai Ara, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata laporan insiden itu dibuat guru besar sekolah murid tahun enam itu pada Selasa sebelum menahan pasangan berkenaan yang berusia 47 dan 49 tahun.

"Kejadian berkenaan terbongkar selepas seorang guru kaunseling mendapati murid itu dalam keadaan sakit ketika di sekolah sebelum memeriksanya dan mendapati terdapat kesan kecederaan di belakang badan mangsa.

"Ekoran itu, guru berkenaan memaklumkan kepada guru besar sekolah yang kemudiannya membuat laporan polis manakala murid itu dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut," katanya kepada Bernama malam ini.

Sazalee berkata rotan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu turut dirampas untuk siasatan lanjut.

"Pasangan suami isteri yang bekerja sebagai pengurus dan jurutera di dua buah kilang dekat sini kini direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.