ad
AGENDA

Selangor terus perkukuh sektor aeroangkasa, cipta peluang kerja bernilai tinggi

20 Mei 2025, 12:00 PM
Selangor terus perkukuh sektor aeroangkasa, cipta peluang kerja bernilai tinggi

SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan Negeri terus memperkukuh pembangunan sektor aeroangkasa menerusi kerjasama strategik dengan pemain industri tempatan dan antarabangsa.

EXCO pelaburan, perdagangan dan mobiliti berkata usaha itu kini dipacu melalui beberapa rundingan pelaburan berpotensi tinggi yang sedang dimuktamadkan melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri.

Menurut Ng Sze Han, kolaborasi tersebut diyakini mampu melonjakkan Selangor sebagai negeri berpendapatan tinggi menerusi penciptaan peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam bidang aeroangkasa.

“Dua kerjasama strategik yang sedang berlangsung adalah pembangunan Selangor Aero Park di KLIA Sepang bersama Malaysia Airports Holdings Bhd yang bakal dilancarkan pada bulan hadapan.

“Kolaborasi strategik yang dipacu oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bakal membuka peluang kepada pemain industri tempatan dan antarabangsa untuk menyertai bidang aeroangkasa, sama ada dalam bidang pembuatan, penyelenggaraan dan baik pulih (MRO) atau sistem dan rekaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau berucap pada Forum MyAero Conference sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Pada hari sama, satu lagi anak syarikat MBI, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), memeterai perjanjian bersama Impeccable Vintage Properties (IVP), syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad bagi pembangunan tanah seluas 15 ekar di Zon 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Turut dimeterai pada hari sama ialah perjanjian antara Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Impeccable Vintage Properties (IVP), syarikat milik penuh Khazanah Nasional Berhad, bagi membangunkan tanah seluas 15 ekar di Zon 3, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Sze Han berkata kerjasama berkenaan bertujuan memperluas perkhidmatan komersial MRO antara kedua-dua entiti.

“Kerjasama ini menjadi tanda tekad Kerajaan Negeri untuk memposisikan Malaysia khususnya Selangor sebagai hab aeroangkasa negara dan terus mengembangkan ekosistem berteknologi tinggi yang terletak di tiga daerah aeroangkasa Selangor iaitu Sepang, Subang dan Serendah,” jelasnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.