AGENDA

Ribut petir, hujan lebat landa tiga daerah Selangor hingga 5 petang – MetMalaysia

16 Mei 2025, 7:17 AM
Ribut petir, hujan lebat landa tiga daerah Selangor hingga 5 petang – MetMalaysia
Ribut petir, hujan lebat landa tiga daerah Selangor hingga 5 petang – MetMalaysia

SHAH ALAM, 16 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 5 petang ini.

Hujan lebat disertai angin kencang turut dijangka melanda seluruh Perak, beberapa tempat di Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.