ad
AGENDA

Tiga pemain SRG antara penerima pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

13 Mei 2025, 11:00 AM
Tiga pemain SRG antara penerima pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
Tiga pemain SRG antara penerima pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
Tiga pemain SRG antara penerima pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

SHAH ALAM, 13 MEI: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan pingat kepada 184 penerima dari Petaling dan Klang sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke-79.

Berlangsung di Dewan Jubli Perak di bangunan pentadbiran negeri, Tengku Amir Shah memulakan pengurniaan kepada tiga pemain Selangor Red Giants (SRG) yang menerima Pingat Kecemerlangan Sukan Selangor (PKS).

Mereka ialah Hazziq Danish Mohd Rizwan (Stormie), Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys) dan Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (YumS).

Julai tahun lalu, SRG menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan Mid Season Cup MLBB.

[caption id="attachment_700877" align="aligncenter" width="1149"] Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengurniakan pingat sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke-79 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 13 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pemain jungler SRG, Sekys dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024 dan kemenangan pasukan itu membolehkan mereka membawa pulang trofi serta wang tunai USD1,000,000 (RM4,669,303.78).

SRG yang dianggotai dua lagi pemain turut menjadi juara MPL MLBB musim ke-14 selepas menewaskan Vamos 4-2 di Kompleks Sukan EduCity, Johor.

Dalam istiadat berkenaan, Tengku Amir Shah turut mengurniakan Pingat Pekerti Terpilih kepada 34 penerima, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (34), Pingat Jasa Kebaktian (103) serta Pingat Perkhidmatan Selangor (10).

Majlis pengurniaan diteruskan esok melibatkan penerima dari Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sepang dan Hulu Langat.

[caption id="attachment_700876" align="aligncenter" width="1261"] Pemain Selangor Red Giants (SRG) menunjukkan pingat yang diterima selepas majlis Istiadat Pengurniaan Pingat sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ke-79 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 13 Mei 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.