ad
AGENDA

Khairat Darul Ehsan: Pradaftar dibuka, manfaat RM1,000 untuk warga emas, OKU

7 Mei 2025, 8:00 AM
Khairat Darul Ehsan: Pradaftar dibuka, manfaat RM1,000 untuk warga emas, OKU
Khairat Darul Ehsan: Pradaftar dibuka, manfaat RM1,000 untuk warga emas, OKU
Khairat Darul Ehsan: Pradaftar dibuka, manfaat RM1,000 untuk warga emas, OKU

SHAH ALAM, 7 MEI: Kerajaan Negeri membuka prapendaftaran Skim Khairat Darul Ehsan (KDE) yang menawarkan manfaat bantuan kematian sebanyak RM1,000 kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang layak.

EXCO kebajikan masyarakat berkata pendaftaran awal dibuka sejak 5 Mei lalu kepada penerima sedia ada program kebajikan negeri iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Iltizam Selangor Sihat (ISS) dan Skim Insurans Am Selangor (INSAN).

Menurut Anfaal Saari, peserta berusia 50 tahun ke atas dan individu OKU perlu mengesahkan maklumat serta bersetuju menjadi ahli KDE melalui laman sesawang https://kde.yawas.com.my.

[caption id="attachment_699917" align="aligncenter" width="779"] EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari di Studio Media Selangor, Shah Alam pada 6 Mei 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Peserta SMUE, ISS dan INSAN perlu membuat pengesahan maklumat dan persetujuan untuk menjadi ahli KDE. Mereka akan terus menjadi ahli secara automatik.

“Mereka yang bukan ahli boleh membuat pendaftaran menerusi laman yang sama. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menyaring semua permohonan,” katanya kepada Media Selangor.

Tambah Anfaal, proses tapisan permohonan dikendalikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), manakala bantuan dan maklumat lanjut boleh diperoleh di pusat khidmat Dewan Undangan Negeri atau talian hotline YAWAS.

Melalui Belanjawan Selangor 2025, sejumlah RM20 juta diperuntuk untuk pelaksanaan skim berkenaan dengan sasaran seramai 20,000 penerima.

Bantuan khairat kematian warga emas di bawah SMUE pernah dihentikan pada 2019 sebelum disambung semula pada 2021. Ketika itu, waris layak menerima RM500 dengan peruntukan sebanyak RM7.5 juta.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.