SABAK BERNAM, 3 MEI: Projek jangka masa segera sedang dilaksana di beberapa kawasan bagi mengatasi masalah banjir.
EXCO infrastruktur berkata langkah drastik itu memfokuskan kawasan yang pembangunannya tidak tersusun.
[caption id="attachment_699472" align="aligncenter" width="808"]
EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim ditemui media pada majlis pelancaran baja premium menggunakan teknologi pertanian maju dan lestari (B.A.S.E) dibangunkan Briar dan Behn Meyer di Dewan Sekinchan pada 3 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Pelaksanaan projek jangka panjang sedang digerakkan tetapi pada masa sama kita ambil langkah segera, elak banjir berulang.
“Kita tidak boleh tunggu projek jangka panjang siap kerana banjir beri kesan besar kepada rakyat," kata Dato’ Ir Izham Hashim hari ini.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran baja premium menggunakan teknologi pertanian maju dan lestari (B.A.S.E) dibangunkan syarikat Briar Resources Sdn Bhd dan Behn Meyer di Sekinchan.
[caption id="attachment_699486" align="aligncenter" width="812"]
Exco Pertanian Dato' Ir Izham Hashim bersama Pengerusi Eksekutif Briar Resources Sdn Bhd Dato' Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail melakukan gimik pelancaran baja premium menggunakan teknologi pertanian maju dan lestari (B.A.S.E) yang dibangunkan syarikat berkenaan di Dewan Sekinchan, Sabakm Bernam pada 3 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Dalam pada itu, Izham memaklumkan beliau akan turun padang meninjau lokasi panas banjir di Klang Isnin depan sebelum memutuskan langkah segera yang bakal dilaksana.
“Lawatan ini melibatkan pelbagai agensi antaranya Jabatan Kerja Raya, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pengairan dan Saliran…kita akan selaraskan dan terus laksanakan.
“Contohnya di Sri Muda kita telah laksana dan selepas ini diteruskan di Klang kemudian di Shah Alam. Langkah segera ini diambil sementara menunggu projek jangka panjang siap,” katanya.


