AGENDA

Hampir seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 6 petang

2 Mei 2025, 8:46 AM
Hampir seluruh Selangor, KL diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM,1 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 6 petang.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda Kuala Lumpur, seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang selain beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.