AGENDA

Polis selesai siasat kebakaran paip gas, laporan dibentang seminggu lagi

30 Apr 2025, 10:20 AM
Polis selesai siasat kebakaran paip gas, laporan dibentang seminggu lagi
Polis selesai siasat kebakaran paip gas, laporan dibentang seminggu lagi
Polis selesai siasat kebakaran paip gas, laporan dibentang seminggu lagi

SHAH ALAM, 30 APRIL: Polis menamatkan siasatan dari unsur kecuaian, khianat atau kesalahan jenayah berhubung insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya 1 April lalu.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata laporan tersebut sedang disiapkan sebelum dibentang dalam tempoh seminggu untuk perhatian umum.

"PDRM telah tamatkan siasatan kecuaian, khianat atau kesalahan jenayah. Seminggu dari sekarang, PDRM akan bentang untuk perhatian masyarakat.

"Selain itu, bagi laporan teknikal berhubung insiden yang disiasat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sejak hari pertama kejadian dijangka dimuktamadkan dalam tempoh sebulan," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, Amirudin hadir pada majlis penyerahan bantuan sewa rumah kepada mangsa insiden kebakaran paip gas di Bangunan SUK.

[caption id="attachment_699140" align="aligncenter" width="1182"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming ketika sidang media majlis Penyerahan Bantuan Sewa Rumah kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights di Bangunan SUK, Shah Alam pada 30 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada masa sama, beliau menjelaskan arahan penutupan jalan yang dikeluarkan melibatkan kawasan siasatan ditarik semula bagi membenarkan jalan itu dibuka.

"Hanya Pos Kawalan Hadapan di kawasan bencana dikekalkan supaya kita dapat kawal dan membenarkan pihak seperti JKKP serta teknikal meneruskan siasatan.

"Kita anggar JKKP perlukan sekurang-kurangnya sebulan dari sekarang untuk muktamadkan laporan siasatan itu sebelum dibentangkan ke kabinet dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)," ujarnya.

Amirudin turut memaklumkan Kerajaan Negeri sedang merancang tindakan untuk tempoh jangka panjang supaya kes sama tidak berulang selepas siasatan selesai sepenuhnya.

"Kalau berlaku kebocoran, apa langkah keselamatannya, kalau ada 'alarm' bagaimana hendak buat. Ini mengambil masa panjang, mungkin selepas Julai atau Ogos," katanya.

[caption id="attachment_699114" align="aligncenter" width="1126"] Keadaan terkini di lokasi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pada 30 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]