OLEH ANNA FARINA ABDUL RAUF
AMPANG, 27 APRIL: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad Razali di sini, kini dapat menikmati kemudahan laluan pejalan kaki berbumbung yang lebih selesa dan selamat.
EXCO Mobiliti Ng Sze Han berkata projek sepanjang 70m berjaya disiapkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam tempoh 16 minggu, dengan kos keseluruhan RM215,000.
"Projek bermula Disember 2024 dan selesai sepenuhnya April 2025, dijayakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hasil peruntukan daripada Unit Perancangan Ekonomi (UPEN),"
[caption id="attachment_698526" align="aligncenter" width="662"] EXCO Pelaburan dan Mobiliti Selangor Ng Sze Han (dua dari kanan) menandatangani plak di majlis penghargaan Penyerahan Laluan Pejalan Kaki di SMK Dato' Ahmad Razali Ampang pada 26 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]
"Laluan ini turut dilengkapi lampu solar dan saya percaya ia akan menjadi satu kemudahan berguna kepada pelajar serta ibu bapa yang mengambil dan menurunkan anak-anak di sekolah," katanya.
Beliau berucap demikian dalam majlis penyerahan laluan pejalan kaki di sekolah itu, semalam.
Sementara itu, Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa berkata kawasan tersebut memerlukan kemudahan berkenaan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar.
"Kita berharap dengan adanya laluan pejalan kaki ini, ia dapat memberi manfaat besar kepada pelajar dan komuniti setempat," kata Kamri Kamarudin.