SHAH ALAM, 23 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam dan Hulu Selangor hingga 7 malam.
Agensi itu memaklumkan cuaca sama juga dijangka berlaku seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Melaka selain beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


