AGENDA

Petaling, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 2 pagi

20 Apr 2025, 2:38 PM
Petaling, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 2 pagi

SHAH ALAM, 20 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 2 pagi.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Kedah, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.