SUBANG JAYA, 14 APRIL: Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) membuka kaunter tawaran rumah sewa sementara kepada mangsa kebakaran saluran gas di Masjid Putra Heights, di sini.
EXCO Perumahan Datuk Borhan Aman Shah berkata kaunter bagi tujuan pendaftaran itu dibuka bemula hari ini sehingga Rabu bagi kemudahan mangsa selain menyampaikan maklumat terkini.
“Berdasarkan rekod yang diperolehi melalui mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor, 396 kediaman dikenal pasti 'total loss' atau terjejas.
“Sehubungan itu, kaunter pendaftaran permohonan rumah sewa sementara dibuka dan akan beroperasi bermula hari ini dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang, sehingga Rabu ini,” katanya pada sidang media.
[caption id="attachment_696675" align="aligncenter" width="980"] EXCO Perumahan, Datuk Borhan Aman Shah bercakap kepada media selepas taklimat Tawaran Rumah Sementara (Rumah Selangorku) kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights di PPS Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 14 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Terdahulu, beliau menyampaikan taklimat ringkas kira-kira 30 minit kepada mangsa terjejas di perkarangan Masjid Putra Heights di sini, hari ini.
Borhan menjelaskan, Kerajaan Negeri menawarkan 100 unit rumah bawah skim Smart Sewa di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan, Sepang dengan bayaran sewa bulanan RM850.
Tambahnya, pemaju Sime Darby Property Berhad turut menawarkan 66 unit kediaman membabitkan rumah di Serenia City (10 unit sewa, 25 unit jual) dan di Bandar Bukit Raja 2 dengan 31 unit jualan.
“Kerajaan Negeri sedaya upaya berusaha menghulurkan bantuan dan menyelaras perkhidmatan terbaik bagi meringankan beban yang ditanggung akibat insiden tersebut,” katanya.
Sementara itu, mangsa, Nur Hafidah Ajis Tanjung, 29, menyambut baik inisiatif Kerajaan Negeri yang menawarkan kediaman pangsapuri di Sepang dengan keluasan 1,010 kaki persegi.
[caption id="attachment_696678" align="alignright" width="580"] Nur Hafidah Ajis Tanjung, 29, bercakap kepada media ketika taklimat Tawaran Rumah Sementara (Rumah Selangorku) kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights di PPS Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 14 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Ramai kata jauh tapi sebab anak saya masih kecil dan yang bersekolah ada di kampung, saya rasa tiada masalah. Keluasan rumah Smart Sewa juga berbaloi dan murah.
“Saya menyewa di Kampung Kuala Sungai Baru, syukur pemilik rumah banyak membantu. Perancangan setakat ini mahu tinggal di Kota Warisan dan tengok sama ada terus duduk sana atau cari rumah lain,” kata ibu tiga anak itu.
Bagi kontraktor, Ahmad Majidi Mohd Taufik, 43, beliau berharap kerajaan menyegerakan proses agihan pampasan supaya mangsa dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
[caption id="attachment_696677" align="alignleft" width="559"] Ahmad Majidi Mohd Taufik, 43, bercakap kepada media selepas taklimat Tawaran Rumah Sementara (Rumah Selangorku) kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights di PPS Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 14 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Saya belum pasti lagi mahu pindah mana. Rumah saya rosak hampir 40 peratus di Taman Putra Harmoni.
“Saya daftar dulu dengan skim Smart Sewa dan akan pertimbangkan kemudian. Sebab nak pindah bukan mudah kerana libatkan anak-anak yang masih sekolah,” katanya.
[caption id="attachment_696676" align="aligncenter" width="1399"] Mangsa melihat pelan lokasi Rumah Selangorku Seri Suria ketika taklimat Tawaran Rumah Sementara (Rumah Selangorku) kepada mangsa kebakaran paip gas Putra Heights di PPS Masjid Putra Heights, Subang Jaya pada 14 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]