AGENDA

Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

4 Apr 2025, 8:25 AM
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang
Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 4 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan hingga 6 petang ini.

Cuaca disertai hujan lebat juga dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.