ad
AGENDA

JPJ buka kaunter di Masjid Putra Height cetak semula dokumen rosak

2 Apr 2025, 1:34 PM
JPJ buka kaunter di Masjid Putra Height cetak semula dokumen rosak

SEPANG, 2 APRIL: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Height bermula esok hingga Jumaat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini bagi memudahkan pemilik kenderaan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Height semalam mencetak semula dokumen yang rosak atau hilang.

“Jadi dua hari berturut-turut, kami akan letakkan kaunter bergerak kami di masjid itu untuk memudahkan pemilik mencetak semula dokumen mereka terutamanya sijil kenderaan, lesen memandu dan cukai jalan, jika mereka perlu,” katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 399 kenderaan dilaporkan rosak dalam insiden itu.

Loke berkata kerajaan juga sedang berbincang dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk meletakkan wakil mereka di PPS berkenaan bagi memberikan khidmat nasihat kepada mangsa mengenai tindakan lanjut berhubung tuntutan insurans.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.