AGENDA

MB pelawa rakyat Selangor meriahkan sambutan Aidilfitri Madani pada 6 April

31 Mac 2025, 4:00 AM
MB pelawa rakyat Selangor meriahkan sambutan Aidilfitri Madani pada 6 April
MB pelawa rakyat Selangor meriahkan sambutan Aidilfitri Madani pada 6 April
MB pelawa rakyat Selangor meriahkan sambutan Aidilfitri Madani pada 6 April

KUALA LANGAT, 31 MAC: Rakyat Selangor dijemput ke Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pada 6 April ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dijangka berangkat ke majlis berkenaan.

“Selain itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan kabinet serta kepimpinan negeri juga akan turut memeriahkan majlis berkenaan.

[caption id="attachment_694098" align="aligncenter" width="913"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat cerapan anak bulan menggunakan teleskop ketika Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra, Kuala Langat pada 30 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Orang ramai yang berada di Hulu Langat dan kawasan sekitar, dan seluruh Selangor dijemput untuk sama-sama hadir dan menikmati makanan yang disediakan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal di Baitulhilal Bukit Jugra di sini semalam. Hadir sama Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir.

Majlis Sambutan Aidilfitri Madani peringkat negeri akan diadakan di Dataran Kawad Akademi Percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bangi dari jam 10 pagi hingga 4 petang.

Majlis berkenaan bakal diserikan dengan persembahan artis tempatan antaranya Datuk M Nasir, Hael Hussaini, Nadeera, kumpulan De Fam, Aisha Retno dan Fara Fauzana.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.