ad
AGENDA

Sultan Selangor berkenan solat sunat Aidilfitri bersama 5,000 jemaah

31 Mac 2025, 2:51 AM
Sultan Selangor berkenan solat sunat Aidilfitri bersama 5,000 jemaah
Sultan Selangor berkenan solat sunat Aidilfitri bersama 5,000 jemaah

SHAH ALAM, 31 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, di sini, bersama kira-kira 5,000 jemaah.

Keberangkatan tiba Baginda dengan persalinan baju Melayu rona kuning cair diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin; EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah; EXCO Infrastruktur Dato' Ir Izham Hashim; EXCO Usahawan Najwan Halimi dan EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail.

[caption id="attachment_694148" align="aligncenter" width="1096"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada 31 Mac 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sultan Sharafuddin turut berkenan bertakbir bersama jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidilftitri.

Usai solat sunat Aidilfitri, Baginda turut berkenan mendengar khutbah Aidilfitri disampaikan Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir bertajuk Eidulfitri: Kembali Kepada Fitrah.

Baginda selepas itu turut berkenan mencemar duli beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah, termasuk menerima pelawaan mereka untuk berswafoto dan merakam gambar kenangan.

Antara intipati khutbah disampaikan termasuk umat Islam hendaklah sentiasa memelihara hubungan sesama muslim, kerana hakikatnya kita bersaudara dan saling memerlukan.

Selain itu, umat Islam hendaklah menjalani hidup dengan cara hidup Islam, kerana Islam adalah satu-satunya agama di sisi Allah yang selaras dengan fitrah kejadian manusia.

Solat sunat Aidilfitri yang diadakan di masjid itu meriah dengan kehadiran umat Islam sekitar sejak jam 7.00 pagi yang turut sama meraikan sambutan Syawal di Selangor.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.