AGENDA

MB: Rizab negeri melonjak RM4.5 bilion takat Februari, kedudukan kewangan makin kukuh

19 Mac 2025, 10:45 AM
MB: Rizab negeri melonjak RM4.5 bilion takat Februari, kedudukan kewangan makin kukuh
MB: Rizab negeri melonjak RM4.5 bilion takat Februari, kedudukan kewangan makin kukuh
MB: Rizab negeri melonjak RM4.5 bilion takat Februari, kedudukan kewangan makin kukuh

SHAH ALAM, 19 MAC: Rizab negeri meningkat kepada RM4.5 bilion setakat Februari, berbanding RM3.8 juta yang direkodkan tempoh sama tahun lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peningkatan RM643 juta dalam setahun itu menunjukkan kedudukan kewangan negeri semakin kukuh.

“Kutipan hasil juga meningkat. Alhamdulillah lebih RM650 juta direkodkan dalam tempoh lebih dua bulan dan ini tunjukkan pertambahan antara RM70 juta, RM80 juta berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Setakat hari ini (kutipan hasil) sudah meningkat RM691 juta hampir RM700 juta,” katanya pada majlis Mahabbah Ramadan Madani hari ini,.

[caption id="attachment_692278" align="aligncenter" width="1083"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika majlis Mahabbah Ramadan Madani Bersama Penjawat Awam Selangor 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 19 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Amirudin berkata kutipan RM2.8 bilion direkodkan tahun lalu merupakan tahun ke empat berturut-turut negeri mencatat hasil lebih dari sasaran.

“Tahun lepas sasar RM2.2 bilion, dapat RM2.8 bilion. Semakin lama semakin banyak.

“Sebelum itu kita sasar RM2.2 bilion, dapat RM2.3 bilion. kita sasar RM2.3 bilion, dapat RM2.7 bilion. Kita sasar lagi, naik lagi RM2.8 bilion.

“Dengan trend sedia ada ini, dengan kerja keras selain negeri dilimpahi dan dipayungi semangat ehsan, maknanya kita boleh capai hasil yang lebih baik,” katanya.

Awal bulan ini, Amirudin berkata Selangor mencatat kutipan hasil berjumlah RM597 juta setakat Februari, sekali gus mengekalkan konsistensi pertumbuhan ekonomi untuk dinikmati rakyat.

Jelasnya jumlah kutipan dalam dua bulan pertama itu, dilihat sudah mencapai satu perempat sasaran RM2.5 bilion kutipan hasil tahun ini.

[caption id="attachment_692279" align="aligncenter" width="1116"] Penjawat awam mengangkat ikrar ketika majlis Mahabbah Ramadan Madani Bersama Penjawat Awam Selangor 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 19 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]