ad
EXCO

EXCO: Faisal Halim banggakan negeri, kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan

18 Mac 2025, 7:37 AM
EXCO: Faisal Halim banggakan negeri, kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan
EXCO: Faisal Halim banggakan negeri, kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan
EXCO: Faisal Halim banggakan negeri, kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan

SHAH ALAM, 18 MAC: Kerajaan Negeri berbangga atas pencapaian pemain Selangor FC, Faisal Halim yang kembali tersenarai dalam skuad Harimau Malaya bagi Kelayakan Piala Asia 2027.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata pemain sayap lincah itu mula menunjukkan kebolehan dan kemampuan dirinya untuk beraksi dengan baik di padang.

“Kita berbangga kerana Faisal kembali beraksi di padang dan dalam perlawanan sebelum ini pun beliau cipta gol hatrik, ia sesuatu yang sangat luar biasa.

“Kita harap Faisal dapat beraksi dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan nanti. Kita yakin kalau diberi ruang, beliau akan beri yang terbaik,” katanya.

[caption id="attachment_692033" align="aligncenter" width="1019"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi bercakap kepada media pada majlis iftar bersama belia negeri Selangor 2025 di Petals Event Space, Seksyen 7, Shah Alam pada 17 Mac 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau ditemui pada Majlis Iftar bersama Belia Selangor di Petals Event Space di sini, malam tadi. Hadir sama Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

Menurut Mohd Najwan, siasatan kes simbahan asid membabitkan Faisal pada tahun lalu masih belum selesai dengan kemaskini terakhir telah dimaklum pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.

“Kali terakhir kita dimaklumkan kes berkenaan diletak di bawah Unit Siasatan Jenayah Terkelas oleh Bukit Aman, dan kita telah pun maklumkan pada sidang DUN lepas,” katanya.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada minggu lalu mengumumkan Faisal tersenarai dalam skuad Harimau Malaya, bagi perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini.

Faisal tersenarai bersama 27 pemain yang dipanggil Ketua Jurulatih Peter Cklamovski bagi menjalani latihan pusat, sekali gus menamatkan penantian hampir setahun pemain itu tidak bersama skuad kebangsaan.

Dalam kejadian 5 Mei tahun lalu, Faisal melecur tahap empat pada beberapa bahagian badan selepas diserang dengan asid oleh individu tidak dikenali di Kota Damansara, Petaling Jaya.

[caption id="attachment_690693" align="aligncenter" width="1234"] Pemain Selangor FC Faisal Abdul Halim (kiri) meraikan jaringan ketika perlawanan menentang Kelantan Darul Naim FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 8 Mac 2025. Foto BERNAMA[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.