SABAK BERNAM, 15 MAC : Seramai 48 mangsa ribut di Taman Ria Sekinchan di sini, menerima bantuan wang tunai dan bakul makanan.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Dato’ Ng Suee Lim berkata sejumlah RM30,000 diperuntuk bagi membantu semua keluarga terjejas dalam kejadian ribut yang berlaku pada Selasa lalu.
“Semua mangsa menerima wang tunai sebanyak RM300 hingga RM500 bergantung kepada tahap kerosakan kediaman mereka termasuk bantuan bakul makanan.
[caption id="attachment_691601" align="alignleft" width="346"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Dato' Ng Suee Lim. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Bantuan ini mungkin sedikit dan tidak dapat membantu secara menyeluruh tetapi kita cuba meringankan beban mangsa,” katanya ditemui selepas menyampaikan sumbangan di Dewan Seri Sekinchan di sini hari ini.
Sementara itu, mangsa kejadian Mohammed Syukri Abdullah, 49, meluahkan kesedihan apabila lebih 30 helai baju raya tempahan pelanggan yang siap dijahit isterinya rosak.
“Selain itu ada baju tempahan pelanggan kotor, kita cuba hantar dobi untuk dibersihkan. Saya dan isteri dalam proses bertemu semua pelanggan bagi memohon maaf dan menjelaskan situasi yang berlaku.
[caption id="attachment_691603" align="alignright" width="346"] Mohammed Syukri Abdullah. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
"Kami anggar rugi lebih RM6,800 rugi termasuk ada satu gulung kain yang belum dijahit juga rosak ditenggelami air. Untuk bumbung dan perabot yang rosak pula anggaran lebih RM6,000 kerugian.," katanya yang kini berteduh di rumah mentua.
Kejadian ribut turut menyebabkan rumah pusaka arwah ibu bapa Norazhar Jamaludin @ Nuruddin, 59, mengalami kerosakan teruk.
“Ketika kejadian kami sekeluarga tiada di rumah, sedih memang sedih dah nak raya jadi pula bencana seperti ini, banyak modal perlu baiki rumah. Saya anggar rugi sekitar RM15,000.
[caption id="attachment_691602" align="alignleft" width="346"] Norazhar Jamaludin @ Nuruddin. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Cuma apabila difikirkan semula nasib baik juga tiada di rumah sekurang-kurangnya kami sekeluarga selamat dan tiada sebarang kecederaan,” katanya.
Terdahulu tular video di media sosial memaparkan bumbung kediaman penduduk diterbangkan ribut dan air hujan memasuki rumah mereka.
Pada 11 Mac lalu, sebanyak 48 rumah di Taman Ria, Sekinchan mengalami kerosakan akibat kejadian ribut.
Pada 6 Mac lalu, lapan rumah musnah akibat ribut kencang di Parit 4, Sungai Burong, bagaimanapun tiada mangsa cedera atau maut dalam kejadian jam 7.30 pagi itu.
Selain rumah, Sekolah Kebangsaan Parit 4 turut mengalami kerosakan bumbung, kuarters guru, kantin dan garaj kereta.
Berikutan kejadian itu, Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan RM500 kepada semua mangsa yang kediamannya mengalami rosak teruk.
[caption id="attachment_691606" align="aligncenter" width="700"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Dato' Ng Suee Lim menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam pada 15 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_691610" align="aligncenter" width="700"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Dato' Ng Suee Lim menyampaikan sumbangan kepada mangsa ribut di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam pada 15 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_691608" align="aligncenter" width="700"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Dato’ Ng Suee Lim menyantuni mangsa ribut selepas majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam pada 15 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_691615" align="aligncenter" width="700"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan Dato’ Ng Suee Lim menyantuni mangsa ribut selepas majlis penyampaian sumbangan kepada mangsa di Dewan Seri Sekinchan, Sabak Bernam pada 15 Mac 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]