AGENDA

Perdana menteri, MB berbuka puasa bersama pemimpin setempat

13 Mac 2025, 12:31 PM
Perdana menteri, MB berbuka puasa bersama pemimpin setempat
Perdana menteri, MB berbuka puasa bersama pemimpin setempat

SHAH ALAM, 13 MAC: Perdana menteri menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani bersama pimpinan masyarakat tempatan negeri hari ini.

Berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, majlis turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Berucap di majlis berkenaan, Amirudin berharap majlis dapat mengukuhkan ukhuwah dan menambah kekuatan barisan pemimpin antara peringkat persekutuan dan negeri.

“Jadikan Ramadan ini sebagai rahmat yang menyatukan kita. Kita dalam kelompok perlu sepakat dan perlu bersatu.

[caption id="attachment_691382" align="aligncenter" width="632"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama pimpinan masyarakat Selangor di Dewan Raja Muda Musa Shah Alam pada 13 Mac 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Marilah kita kekalkan elemen ini kerana ini resepi kejayaan dan semua pasukan negeri wajar pikul tanggungjawab ini.

“Kalau kita cekal, yakin melaksanakan usaha berterusan kita akan capai kejayaan,” katanya.

Sempena Ramadan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun ke negeri-negeri untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani.

Terdahulu Ahli Parlimen Tambun itu mengadakan menyuarat pembangunan bersama pentadbiran utama negeri sebelum bertemu rakyat di Bazar Ramadan Seksyen 2, di sini.