ad
AGENDA

Rodrigo Duterte tiba di The Hague untuk perbicaraan

13 Mac 2025, 12:40 AM
Rodrigo Duterte tiba di The Hague untuk perbicaraan

ISTANBUL, 13 MAC: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands semalam bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam "perang dadah" yang dilancarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Filipina.

Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter kelmarin selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila sebaik tiba dari Hong Kong.

Pesawat itu singgah di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke The Hague.

Anak perempuannya yang juga Naib Presiden Filipina, Sara Duterte turut berlepas ke The Hague semalam bagi membantu mengatur pasukan guaman untuk bapanya.

- BERNAMA-ANADOLU