EXCO

Selangor capai 69.7 peratus wanita bekerja, impi hapus diskriminasi jantina

11 Mac 2025, 12:30 PM
Selangor capai 69.7 peratus wanita bekerja, impi hapus diskriminasi jantina
Selangor capai 69.7 peratus wanita bekerja, impi hapus diskriminasi jantina
Selangor capai 69.7 peratus wanita bekerja, impi hapus diskriminasi jantina

SHAH ALAM, 11 MAC: Kadar penglibatan wanita dalam sektor pekerjaan di Selangor mencapai 69.7 peratus sekali gus melebihi sasaran yang ditetapkan di peringkat nasional.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata selain dipengaruhi keperluan dan bakat, peningkatan jumlah penglibatan wanita itu juga disumbang oleh faktor tekanan ekonomi yang menuntut pasangan suami isteri bekerja.

[caption id="attachment_691056" align="aligncenter" width="814"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika sidang media selepas merasmikan Konvensyen Wanita MyWira 2025 di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada 11 Mac 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kebanyakan wanita terlibat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Cuma sektor kritikal seperti kejuruteraan masih lagi kurang wanita dan kita masih memerlukan.

“Bagaimanapun dalam bidang kepimpinan, kita masih belum capai 30 peratus keterlibatan wanita. Sebagai contoh ahli majlis hanya 26 hingga 27 peratus sahaja wanita dan jawatan ketua kampung masih rendah,” katanya pada sidang media.

Beliau ditemui pada majlis pemeteraian kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Sumber Manusia menerusi program Jelajah Wanita MyWira di Pusat Konvesyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

[caption id="attachment_691031" align="aligncenter" width="814"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) pada Majlis Wanita MyWira di Sakura Hall, Ideal Convention Centre Shah Alam Pada 11 MAC 2025. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong. Foto NUR FATIHAH HAMIZI/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Amirudin berharap sikap prejudis terhadap wanita khususnya dalam semua bidang pekerjaan dapat dihapuskan pada masa akan datang.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah melaksana pelbagai inisiatif secara berterusan sejak 2008 bagi memartabat dan memberi peluang yang seimbang wanita.

“Impian kita supaya ada satu pemikiran dalam masyarakat, hapuskan diskriminasi jantina dalam budaya kita. Sama seperti kita benci rasis dalam bola sepak, macam itu juga harapan saya pada masa depan,” katanya.