AGENDA

Kuala Selangor, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

11 Mac 2025, 8:08 AM
Kuala Selangor, Gombak antara lima daerah diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 11 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga 6 petang.

Keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak selain beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.