ad
AGENDA

​Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah (VIDEO)

10 Mac 2025, 12:00 PM
​Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah (VIDEO)
​Ibadah berkualiti lebih dipandang, laksana penuh ikhlas dan istiqamah (VIDEO)

SHAH ALAM, 10 MAC: Allah SWT lebih suka umatnya yang melaksana amal ibadah dengan penuh ikhlas, tekun dan istiqamah berbanding mereka yang mengejar kuantiti, jelas pendakwah bebas.

Mengupas ayat dua hingga enam surah al-Mulk, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkata ayat itu merujuk betapa pentingnya umat Islam melakukan ibadah yang berkualiti.

“Surah ini juga mencerita kehebatan Allah SWT dalam membentuk ciptaan-Nya yang tiada siapa boleh tandingi. Allah cipta manusia dan kehidupan.

“Tidak ada siapa mahupun dalam kalangan raja, jin yang boleh menghidupkan dan mematikan. Menariknya ayat ini Allah SWT cipta mati kemudian hidup walaupun manusia itu hidup dahulu kemudian meninggal dunia.

“Allah mahu ingatkan​ manusia destinasi hidup adalah menuju kepada kematian yang merupakan permulaan hidup sebenar. Jadi, orang cerdik adalah yang memikir apa dihasilkan lepas kematian,” katanya.

[caption id="attachment_689890" align="aligncenter" width="812"] Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Faiz Fateh Al Azhari. Surah Al-Fatihah dibacakan oleh juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut[/caption]

Mengupas ayat kedua hingga enam surah berkenaan pada program 30 hari 30 ayat al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar sempena Ramadan, beliau berkata Allah SWT turut menceritakan kekuasaan-Nya termasuk mencipta langit dan bumi dengan tujuh lapisan.

“Allah SWT ceritakan apa di langit dan bawah langit. Tujuannya untuk kita bertafakur,” katanya.

Sementara itu, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ayat ke enam surah terbabit menjelaskan mereka yang kufur akan berdepan azab sangat pedih dan kembali ke seburuk-buruk tempat.

Terdahulu ayat berkenaan dibacakan qariah jemputan yang juga juara Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019 Farhatul Fairuzah Panut.

Program tadabbur yang memasuki tahun ketiga penganjuran disiarkan menerusi platform media sosial Amirudin Shari , Media Selangor dan TV Al-Hijrah mulai 1 Ramadan dimulai dengan kupasan surah al-Fatihah.

Berikut episod sebelum ini:

  • Episod 1: Surah Al-Fatihah himpunan keseluruhan kandungan al-Quran
  • Episod 2: Surah Al-Fatihah penting, perakuan sebagai hamba Allah SWT
  • Episod 3: Konsep kasih sayang perlu terus diamal, hindar sifat benci
  • Episod 4: Perhitungan akhirat, syurga, neraka
  • Episod 6: Doa zahir sifat kehambaan
  • Episod 7: Golongan dimurkai, sesat tidak rasai nikmat Allah
  • Episod 8: Al-Mulk miliki nikmat besar, halang azab dan murka Allah

[embed]https://www.tiktok.com/@amirudinshari/video/7480071435944316167?lang=en[/embed]

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.