AGENDA

Klang, Petaling antara daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

10 Mac 2025, 9:42 AM
Klang, Petaling antara daerah diramal hujan lebat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 10 MAC: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Petaling sehingga 7 malam ini.

Keadaan sama dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.