AGENDA

Penuntut Selangor kemalangan di Jordan, MB hulur bantuan, doa dipermudah urusan

9 Mac 2025, 7:25 AM
Penuntut Selangor kemalangan di Jordan, MB hulur bantuan, doa dipermudah urusan

SHAH ALAM, 9 MAC: Dua anak Selangor yang menuntut di Jordan cedera termasuk seorang parah selepas terlibat dalam kemalangan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ketika ini Sumayya Azamuddin dan Fatimah Nuha Mustaza sedang menerima rawatan lanjut.

“Sumayya dilaporkan cedera ringan manakala Fatimah Nuha mengalami kecederaan parah.

“Pejabat saya telah berhubung dengan waris dan keluarga mangsa serta akan memantau keadaan dari semasa ke semasa,” katanya di Facebook.

Amirudin menjelaskan pihaknya juga bersedia menghulurkan bantuan kepada keluarga dua pelajar terbabit.

“Marilah kita bersama-sama berdoa agar pelajar tersebut dipermudahkan urusan dan pulih seperti sediakala,” katanya.