AMPANG, 7 MAC: Dato’ Menteri Besar mengagih bubur jagung serta kurma kepada pengunjung dan peniaga bazar Ramadan AU 1, Keramat di sini hari ini.
Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli turut beramah mesra dengan pengunjung selain membeli beberapa juadah berbuka puasa antaranya kuih tepung pelita.
Sementara itu Juwairiya berkata program turun bazar merupakan acara tradisi pada setiap Ramadan, namun tahun ini dimeriahkan dengan kehadiran Amirudin.
“Kita agihkan bubur jagung dan kurma. Selepas ini beliau akan berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib di Surau Taman Permata,” katanya.
[caption id="attachment_690448" align="alignleft" width="495"]
Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli ditemui ketika mengedar kurma dan bubur jagung di bazar AU 1 Keramat, Hulu Kelang pada 7 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
Amirudin kemudian menunaikan solat Isyak, solat sunat Tarawih dan moreh di Masjid An Nur Kampung Wira Damai, Gombak.
Tahun ini 15,882 petak bazar Ramadan dibuka di 244 lokasi membabitkan 12 pihak berkuasa tempatan.
[caption id="attachment_690449" align="aligncenter" width="1063"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan pengunjung ketika mengedarkan kurma dan bubur jagung kepada pengunjung di bazar AU 1 Keramat, Hulu Kelang pada 7 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_690450" align="aligncenter" width="1015"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama pengunjung ketika mengedarkan kurma dan bubur jagung di bazar AU 1 Keramat, Hulu Kelang pada 7 Mac 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]








