SHAH ALAM, 28 FEB: Kerajaan Selangor mahu Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) terus mewujudkan hubungan baik antara institusi perubatan dan masyarakat.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tugas besar itu perlu dipikul bagi memastikan rakyat memahami ekosistem kesihatan secara menyeluruh.
[caption id="attachment_689386" align="aligncenter" width="743"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap sempena majlis penyampaian watikah pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Selangor kepada di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 28 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“ALPH perlu menjadi pihak yang mewujudkan keharmonian antara hospital, klinik dan masyarakat. Kalau ia tidak dapat dibuat, buatlah hospital canggih macam mana pun, tetap akan dipertikai.
“Anda adalah titik temu antara sukarelawan, petugas hospital dan pesakit. Anda juga penggerak dan pemangkin kepada kefahaman rakyat,” katanya ketika berucap.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Selangor di Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri di sini, hari ini.
[caption id="attachment_689383" align="aligncenter" width="814"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama pegawai-pegawai kesihatan daerah ketika majlis penyampaian watikah Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran neger, Shah Alam pada 28 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Majlis berkenaan turut dihadiri EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin dan Pengarah Kesihatan Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin.
Sementara itu, Jamaliah berkata seramai 260 orang dilantik bagi jawatan ALPH selama tempoh tiga tahun membabitkan seluruh hospital di Selangor.
Menurutnya, pelantikan tersebut dibuat menerusi kuota politik dan cadangan oleh pihak hospital selain mereka perlu memiliki pengalaman berkhidmat di peringkat komuniti.
[caption id="attachment_689385" align="aligncenter" width="815"]
EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin ditemui media selepas majlis penyampaian watikah pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri, Shah Alam pada 28 Februari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Kita mencari pemimpin tempatan yang pernah berkhidmat di kawasan masing-masing, manakala pihak hospital memilih dalam kalangan mereka yang mempunyai pengetahuan perubatan ,” katanya.


