SHAH ALAM, 25 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperkenal Pelan Strategik Kumpulan (GSB) sempena ulang tahun ke-30 tahun ini.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelan berkenaan bakal dijadikan hala tuju MBI sehingga 2028 sekali gus memastikan agensi itu terus menjadi peneraju ekonomi.
“Berdasarkan prestasi, Kerajaan Negeri yakin kemampuan MBI dalam memperkasa pertumbuhan ekonomi Selangor melalui pelan transformasi yang diperkenalkan hari ini.
[caption id="attachment_688951" align="aligncenter" width="1042"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Makan Malam 30 Tahun Jubli Mutiara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Setia Alam pada 25 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
“Saya juga yakin Selangor akan dapat memperkukuh pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melalui sumbangan MBI serta syarikat milikannya,” katanya pada sidang media.
Amirudin ditemui pada Majlis Makan Malam 30 Tahun Jubli Mutiara di Setia Alam di sini, malam ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajudin dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop.
Dalam pada itu, Amirudin menegaskan MBI sedang melaksana penstrukturan organisasi yang lebih jelas bagi memperoleh dan meningkatkan pendapatan menerusi anak syarikat.
[caption id="attachment_688958" align="aligncenter" width="1003"]
Ketua Pegawai Eksekutif MBI Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop berucap pada Majlis Makan Malam 30 Tahun Jubli Mutiara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Setia Alam pada 25 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Menurutnya, penstrukturan yang sudah bermula sejak 2018 akan membabitkan lima sektor utama iaitu air, hartanah dan pembangunan, pelaburan, tenaga dan utiliti, serta perlombongan dan mineral.
“Penstrukturan itu bukan hanya struktur dalam MBI sahaja tetapi melibatkan penstrukturan MBI dan anak-anak syarikat. Kita sasar dividen kepada MBI itu dapat dicapai dan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.
GSB menggariskan lima fokus utama iaitu peningkatan pendapatan dan keuntungan, mengoptimum portfolio perniagaan serta transformasi digital dan automasi.
Selain itu, GSB juga menekankan pengukuhan tadbir urus dan struktur organisasi serta pembangunan bakat dan budaya berprestasi tinggi.
[caption id="attachment_688952" align="aligncenter" width="1280"]
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama tetamu pada Majlis Makan Malam 30 Tahun Jubli Mutiara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di Setia Alam pada 25 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]


