ad
AGENDA

Cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad gagal, pemandu lori ditahan

21 Feb 2025, 2:00 AM
Cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad gagal, pemandu lori ditahan

KOTA BHARU, 21 FEB: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad di Jalan Besar Rantau Panjang-Pasir Mas semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan itu dilakukan selepas anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori jam 5.30 petang yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dalam Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lebih 1,000 anak pokok Bromeliad dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dalam lori tersebut. Tanaman ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.

"Pemandu lori yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 59 tahun dan dipercayai menjadi penghantar tanaman itu ke pasaran tempatan, turut ditahan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan RM250,000," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5 dan suspek serta barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.