10 anggota PGA ditahan bantu siasatan kes pemerasan

21 Ogos 2026, 8:58 AM
10 anggota PGA ditahan bantu siasatan kes pemerasan

KUALA LUMPUR, 21 OGOS: Sebanyak 10 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditahan pada Rabu lepas bagi membantu siasatan kes pemerasan sebuah kilang memproses sisa elektronik di Tasik Gelugor, Pulau Pinang.

Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan/Operasi) Bukit Aman Datuk Muhammad Abdul Halim berkata kesemua anggota terbabit bertugas di Batalion 2 PGA, Kulim, Kedah.

“Kes ini masih dalam proses siasatan untuk pengesahan. Mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dengan apa juga jenayah, pihak pengurusan pasukan akan mengambil tindakan sewajarnya, tidak ada pilih kasih,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata kesemua mereka direman sehari dan dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Muhammad berkata mereka yang ditahan berumur 30-an hingga 40-an terdiri daripada pelbagai pangkat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Kategorijenayah

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.