ad
ADN

PBT dirayu sedia kemudahan OKU, sokong pembangunan golongan istimewa

20 Feb 2025, 1:35 PM
PBT dirayu sedia kemudahan OKU, sokong pembangunan golongan istimewa
PBT dirayu sedia kemudahan OKU, sokong pembangunan golongan istimewa
PBT dirayu sedia kemudahan OKU, sokong pembangunan golongan istimewa

SHAH ALAM, 20 FEB: Pengerusi Majlis Tindakan Orang Kelainan Upaya (OKU) Selangor merayu pihak berkuasa tempatan (PBT) menyedia kemudahan bagi menyokong pembangunan golongan istimewa.

Danial Al-Rashid Haron berkata pihaknya menerina maklum balas daripada ibu bapa serta pertubuhan OKU yang meluahkan rasa kecewa terhadap kekurangan kemudahan kepada golongan berkenaan.

[caption id="attachment_680971" align="aligncenter" width="813"] Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron berucap ketika Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang Ke-15 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 20 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya mohon PBT beri penekanan kerana setiap kali pembangunan baharu masuk, saya tidak pasti di mana silapnya, adakah pelan (drawing) itu tidak dibaca dengan baik atau ia sekadar janji manis yang diberi pemaju.

“Adakah pelaksanaan itu dibuat dengan baik? Raikanlah permintaan ibu bapa ini,” katanya pada sesi perbahasan Usul Menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Danial mencadangkan Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bekerjasama menyediakan pusat transit untuk anak OKU.

Ahli Dewan Negeri Batu Tiga itu menjelaskan, cadangan penubuhan pusat transit berkenaan bertujuan meringankan beban ibu bapa yang berasa lelah menjaga anak-anak istimewa.

“Pusat transit itu untuk para ibu bapa menghantar anak bagi menikmati waktu bertenang dan berehat. Juga saya cadangkan diwujudkan pusat pemulihan psikologi ibu bapa yang mempunyai anak OKU,” katanya.

[caption id="attachment_613034" align="aligncenter" width="813"] Kanak-kanak istimewa mengikuti sesi pembelajaran di Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS) di Seksyen 7, Shah Alam pada 12 Januari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Sebelum ini, Majlis Tindakan OKU Selangor dilapor giat menyiapkan fasa akhir Dasar OKU Selangor yang bakal memberi manfaat serta mengiktiraf peranan golongan berkenaan.

Menurut Danial, dasar pertama peringkat negeri dijadual dilancar pada pertengahan tahun ini selepas dibentang kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada Mei depan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.