ad
AGENDA

MB: Peranti biometrik, CCTV bantu sistem data e-tanah, elak penyelewengan berulang

19 Feb 2025, 10:37 AM
MB: Peranti biometrik, CCTV bantu sistem data e-tanah, elak penyelewengan berulang
MB: Peranti biometrik, CCTV bantu sistem data e-tanah, elak penyelewengan berulang
MB: Peranti biometrik, CCTV bantu sistem data e-tanah, elak penyelewengan berulang

SHAH ALAM, 19 FEB: Peranti biometrik serta kamera litar tertutup (CCTV) antara dua alat keselamatan yang akan dipasang bagi menyokong sistem data e-tanah sekali gus mengelakkan isu penyelewengan berulang.

Dato’ Menteri Besar berkata pusat berkenaan juga akan dilengkapi dinding kaca selain hanya pihak pentadbir sistem sahaja dibenarkan melayari program terbabit.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pihaknya turut menitikberatkan aspek penjagaan kawalan dokumen dengan sebarang urusan pendaftaran akan ditandatangani secara digital menggunakan token.

“Maknanya setiap pengguna perlu meletakkan biometrik sebelum membuka atau melaksanakan urusan e-tanah. Dokumen disulitkan dan kaedah penyimpanan melalui ‘local storage’, ‘tape backup’ dan replikasi Disaster Recovery Centre kalau melibatkan keputusan bekalan.

“Aplikasi e-tanah dikawal melalui capaian terhad dengan peranan penggunaan ID kata laluan dan pengesanan biometrik selain penggunaan firewall (sistem rangkaian keselamatan) untuk mengawal trafik keluar dan masuk dalam e-tanah selain mengesan sebarang ancaman sistem,” katanya.

[caption id="attachment_687793" align="aligncenter" width="1036"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari pada sesi soal jawab mesyuarat pertama (pembukaan) persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor pada 19 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Bercakap pada sidang Dewan Negeri Selangor hari ini, wakil rakyat Sungai Tua itu berkata pihaknya mengambil serius terhadap penyalahgunaan sistem berkenaan dan akan melaksana pemantauan aktiviti.

Amirudin berkata berikutan itu semua urusan dalam sistem itu akan direkodkan secara automatik untuk memastikan setiap tindakan dapat dikesan dan diaudit.

“Kawalan berperingkat juga akan dilaksanakan dengan setiap kakitangan pejabat daerah dan tanah diberikan akses berdasarkan tahap jawatan selain kelulusan dokumen juga mengikut jawatan serta pemusingan kerja,” katanya.

Semalam Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tidak mahu isu kartel serta penyelewengan lesen perniagaan berulang lagi.

Justeru Sultan Sharafuddin mahu pegawai kerajaan serta kakitangan awam terutama di PDT dan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjalankan tugas dengan tanggungjawab dan menjauhi amalan rasuah selain ketua jabatan perlu memastikan salah guna kuasa tidak berlaku di jabatan masing-masing.

[caption id="attachment_687596" align="aligncenter" width="1339"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan titah bagi Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 18 Februari 2025. Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.