ad
AGENDA

Ulama: Ganjaran pahala luas individu sebar ilmu hadis

19 Feb 2025, 9:00 AM
Ulama: Ganjaran pahala luas individu sebar ilmu hadis
Ulama: Ganjaran pahala luas individu sebar ilmu hadis

SHAH ALAM, 19 FEB: Orang yang menyebarkan ilmu hadis dan mengajarkannya akan menikmati ganjaran pahala yang luas, menurut tokoh ulama Pattani.

Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni berkata mereka menyampai ilmu itu akan menuai pahala yang besar jika ilmu dipelajari membawa manfaat kepada orang lain.

“Saidina Umar al-Khattab menggalakkan supaya ilmu yang kita dapat tidak hanya simpan serta diam sahaja. Sampaikan pada yang lain, dengan hati yang tulus dan ikhlas.

“Kemudian orang lain yang dapat ilmu dari kita itu, mereka beramal maka kita dapat pahala seumpama orang yang beramal itu,” katanya ketika mengupas kitab Ihya Ulumuddin dan Mawaqif al-Marjan.

[caption id="attachment_687826" align="alignnone" width="853"] Jemaah mengikuti kupasan karya agung Imam Al-Ghazali dan Kitab Mawaqif al-Marjan oleh Tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni dalam Program Talaqqi Kitab Turath Ismail Islami siri ketujuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 19 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Program talaqqi kitab adalah kesinambungan Festival Turath Islami Selangor yang dianjurkan sejak Mei 2023.

Siri kupasan kitab itu anjuran bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath, Pejabat Dato’ Menteri Besar dan masjid negeri.

Program tersebut bertujuan memperkukuh pemahaman umat Islam mengenai keilmuan Imam al-Ghazali selain menjadi wadah mendalami khazanah warisan Islam yang sarat dengan hikmah dan pedoman kehidupan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.